Kita sering mendengar slogan yang berbunyi "Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara." Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang berjaya, sesunguhnya dibelakangnya berdiri seorang wanita yang memberi sokongan dan inspirasi kepadanya. Malah pepatah juga ada menyatakan bahawa "tangan yang munghayun buaian itu, boleh menggoncang dunia." Jelaslah kaum wanita dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan kewibawaan dan karisma tersendiri. Demikian bahawa wanita berperanan dalam memupuk serta melahirkan generasi yang berkualiti, berfikiran mantap dan juga berketerampilan.
Peranan wanita didefinasikan sebagai suatu tugas, tanggunjawab, atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada dalam segi individu atau secara keseluruhannya. Perkataan 'melahirkan' pula membawa maksud suatu usaha yang berterusan dengan penuh kegigihan yang membawa hasil daripada sesuatu tindakan atau pengaruh. 'Generasi berkualiti' pula didefinasikan sebagai kumpulan yang berkarisma tinggi dan sangat berketerampilan dalam aspek rohani dan jasmani, emosi, peranan dan jati diri. Secara keseluruhannya, kaum wanita bertanggunjawab untuk mewujudkan generasi baru yang mampu menanggung beban dunia di atas bahu dan masih menunjukkan kemantapan dalam cara pemikiran.